perjalanan yang jauh,
masa yang panjang,
ruang (jalan) yang kosong,
minda yang lapang..
Perjalanan jauh sering memberi ruang kepada kotak fikiran untuk menerjah ke dunia meta-fizik. Dari sesuatu yang fizikal, yang boleh dilihat, yang boleh disentuh dikaitkan dengan kejadian/sifat/pemikiran/tingkah-laku manusia.
Satu perkara yang seringkali bermain di dalam fikiran ialah berkenaan Kawalan Pemanduan. Peringatan yang selalu dititik-beratkan, "turun ke pacuan gear rendah di selekoh tajam.." dan/atau "turun ke pacuan gear rendah ketika memotong.."
Tujuan utama mungkin semua mampu faham dari segi intelektual minda masing-masing. Kawalan. Ya, supaya roda yang berputar itu dibawah kawalan. Supaya kelajuan dan pergerakan dikekalkan, supaya daya momentum dipegang daya geseran, supaya kenderaan tidak membuang (drifting) luar kawalan.
Mungkin begitu juga jika dikaitkan kehidupan kita. Yang penting adalah kawalan. Kawal diri, kawal perasaan, kawal nafsu, kawal jiwa. Sepatutnya kita yang menentukan kearah mana hala tuju, setakat mana halaju.
Cuba kamu memandu laju di selekoh tajam, lalu di bebaskan (free) gear segala. Silap-silap kamu yang terpaksa terbang mengikut kenderaan, bukannya kenderaan mengikuti kamu. Bukankah sepatutnya kamu yang mengawal kehidupan sendiri, jiwa sendiri?
***
ada perkara yang kita rasa kita tahu, tapi sebenarnya kita tidak tahu..
ada perkara yang kita tidak tahu, tapi kita buat-buat tahu..
ada kebenaran yang kita tahu, tapi kita tak sanggup beritahu..
ada perkara palsu dan kita tahu, namun kita masih memberitahu..
berat jika kita ingin difikirkan,
lebih berat jika kita yang merasakan,
justeru demi syawal yang bakal menjelma,
biarkanlah sahaja luncai dan labunya..
*p/s: orang sibuk-sibuk nak raya, kau nak serabutkan diri buat apa?
***
(Sila klik untuk bacaan ringan tetapi indah..)